Jul 23, 2009

kadang-kadang

Kadang-kadang kita terpaksa meyukai benda yang kita tak suka

Kadang-kadang kita terpaksa mencintai benda yang kita tak cinta

Kadang-kadang kita terpaksa membenci benda yang kita tak benci

Kadang-kadang kita terpaksa ubah benda yang kita tak nak ubah

Kadang-kadang kita terpaksa mendengar benda yang kita tak nak dengar

Kadang-kadang kita terpaksa melihat benda yang kita tak nak lihat

Kadang-kadang kita terpaksa terima benda yang kita tak nak terima

Kadang-kadang kita terpaksa buat benda yang kita tak nak buat

Apakah guna nya NIAT???

Kalau semua benda yang kita lakukan kerana TERPAKSA?? Bukan atas kehendak diri…

Yang TERbaik berniatla kerana Allah…

Setiap orang mengimpikan kehidupan yang terbaik dan sempurna.

Tapi… cuba kita sama2 fikir..sempurnakah diri kita ini???

Kita ini hanya lah insan yang lemah, penuh dengan kelemahan, kelemahan dan kelemahan dan dosa…

Hanya Hati senjata berharga…

Sempurnakah kita yang hanya meminjam,menumpang semua hak ciptaan Allah ini???

Dari semua aspek kehidupan sampai la ke anggota badan yang kita gunakan dan nikmati ini…mata, tangan,kaki,hidung, semualah..semuanya hak ALLAH…sedar la..kita hanya meminjam...tiba masanya kita akan kembali kepada-Nya…

Sempurna hanya ada pada-Nya…

Jul 16, 2009

cinta...

Cinta antara manusia (lelaki dan perempuan) ada 3 jenis :

1. Jodoh dari syaitan

- Berkenalan- terus melakukan maksiat-baru nak nikah

2. Jodoh dari jin

- Menggunakan sihir untuk mendapatkan cinta yang tak kesampaian

3. Jodoh dari Allah

- Bertentang mata, menusuk ke kalbu dan terus bernikah.

insyaAllah berkekalan sampai akhir hayat (Syurga Cinta)

petikan filem: syurga cinta…

Ada manusia mengaku dirinya alim, berjubah, berjanggut tapi HATInya kotor,cakap tak serupa bikin.

Sekadar alim di sisi manusia tapi hina di sisi Allah…

Sebagai mana firman-Nya:

“Allah tidak memandang kepada rupa dan pakaian, tetapi Allah memandang kepada hati yang bersih dan suci. Allah tetap menerima taubat hamba-Nya…”

Jul 11, 2009


~" huhu... "~
~" it's really been awhile for me not to write anything since i was bz with lotsa stuffs like eating, watching tv etc..heheh... :D "~

So,korg tgk x drama kat astro ria? SERATUS HARIJADI...
Watak Utama :DIRA Abu Zahar yg sgt menawan..
Watak lain : Zahiril Adzim (yang berlakon dalam drama Ghost) sebagai Amir, ada penampilan kumpulan Hujan , Tony Eusoff dan Radhi Khalid...
Pengarah :Woo Ming Jin...

Mantap sehh drama ni...
1st malay drama yg Fatin suke sgt...Fatin da tgk 3 kali...
Biasa la astro kn suke ulang^2 ... :P
Mengisahkan tentang Dira (Sara) yg membawa karakter yang menarik, seorang jurnalis yang kerek dan yo yo arr je.. :)

Cerita bermula apabila...
pada harijadi beliau, dia telah di tugaskan untuk interview seorang pengamal perubatan tradisional di kawasan kampung...dengan berat hati dia terima kerja tu...coz Sara dah biasa interview artist and jadi host tuk event yg grand^2 jer...huhu...~

bila sampai kampung tersebut...
oleh kerana dia ni berlagak diva yang dah lupa asal usul dari kampung, dia tak sabar-sabar nak balik KL..tapi apakan daya, kereta krew dia rosak so dia takde pilihan dia orang terpaksa bermalam kat kampung tu di bantu oleh Amir, budak kampung yang memang innocent...

keesokan paginya...
Sara terbangun dr tido dengan hari yang sama...iaitu harijadinye semula...so dia terpaksa melalui hari yang sama setiap kali dia tidur...yg peliknya Sara sorg jer yg merasa hari^2 tersebut, org lain blur bila dgr cerita dira yg tak masuk akal...

mula-mula memang dia naik giler...tapi lepas semua rancangan dia untuk keluar dari kampung tu gagal...
lama kelamaan dia mula berubah, dari seorang yang diva ke seorang gadis yang baik, menawan dan sume yg baik lah...hehe... (i admire dira...!!!)

selama 100 hari dia tersekat di hari yang sama...dari hari ke hari die berubah menjadi lebih baik...
dan dia dah berjaya selesaikan banyak masalah yang terjadi dalam kampung tu, kes ragut , putus cinta dan orang hilang..dalam masa yang sama, dia pun belajar main gitar sampai pandai.Amir yg ajar... (sweet la time nih.. :) ) dan Dira telah jatuh hati dengan Amir, tapi..Amir tak tau pape..sebab dia tak ingat!!!~

lepas sambutan harijadi dia pada hari yang ke 99..barulah dia terbangun pada hari keesokkanya..tapi setelah melalui hari yang sama selama hampir 100 hari, dia akhirnya berubah dan menjadi manusia yang lebih baik dan mengenali asal usul sendiri...

ending cerita ni, she ended up with Amir la...
after rediscover herself, and the simplicity of life...

...~" THE END "~...

Pengajaran yang Fatin dpt drpd cite ni...Kalu la kite dpt peluang ulang balik hari yg kita dah lalui selama ni..mesti kita akan jadi lebih baik dr hari ke hari kn...so,pengajarannya..setiap hari kita kena lah hargai masa 24jam yg telah Allah bg kat kita sbb kita takkan dpt peluang utk patah balik kalau kita tersilap langkah...tapi...kalu tersilap langkah jugak..tak pe..itu kn takdir..apa yg harus kita lakukan ialah...perbaiki kelemahan pd hari esok nya...supaya kesilapan tidak berulang lg...insyaALLAH... :)

akhir kata, smoge lebih byk drama malaysia yg lebih creative mcm cite seratus harijadi ni... :)

;;