Nov 9, 2011

Hikmah Disebalik Ujian Allah

Post by riyaz_R9 on Mon Oct 12, 2009 11:42 am

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! Smile

Nov 7, 2011

4.11.11


ujian itu tarbiah dari ALLAH.
utk mengetuk kembali hati kita,
yang terkadang leka dan terbuai dek pesona duniawi.
semoga kite tabah apabila di uji,
kerna pengakhirannya cukup manis bagi sang mukmin.

Oct 9, 2011

The Toyota Prius is now here in Malaysia, retailing for RM175,000 OTR inclusive of insurance for private registration. Might be too much for most of us to stomach considering this is supposed to include the rebate that the government is giving on hybrid cars, the same rebate that ensures the Camry Hybrid won’t be sold here in the near future as long as the policies stay the same as it is only for hybrids with engine displacements of under 2.0 liters. The Langkawi and Labuan prices are rather interesting though – its only RM127,408.45 and RM128,046.55 respectively for individual private registration.





Aug 2, 2011

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

Jul 13, 2011

Assalamualaikum wbt,
Industrial training? ape tu..? hehe...
alaa.. yg gitu2 tu.. cewahh!
practical laaa, sy kn dh tuaaa (3rd year student)... so kene la wat practical.. heee

--> pada 2 mei, sy daftar diri di majlis agama islam dan adat melayu perak di Ipoh..
1st day, ok laaa... staff kat situ friendly gilerr.. jusssttt, supervisor sy.. hmm, strict laaa..
btw, i like it..hmm.. sometimes laaa..

--> 12 julai, hari terakhir di maipk.. huhu..sedey? sedey la gaakkk.. happy pon ade jugakkk.. sbb nk concentrate wat FYP plak..

--> pengajaran yg sy dpt bile terdedah dgn alam pekerjaan ni :
--> pilihla kerja yg betul2 kite minat.. sbb??? tiap2 hari nk ngadap bende yg same.. mampukah?? at least, kalau tiap2 hari buat bende yg kite suke.. mutu kerja kite mesti ok laaa!! :)




Jan 10, 2011

sekian lame x update blog, hari ini hati sy terbuka tuk menulis..


pada hari Rabu yg lalu(5/1/2011), sy pegi klinik gigi an-nur utk pasang braces kat gigi sy ni.. act, dah lame sy nk pakai tapi... sy terpaksa tangguh kan dulu hajat sy atas sbb2 tertentu.. jadi Alhamdulillah, hari Rabu tu sy pon buat keputusan untuk jumpe dentist..

Dentist tersebut sgt baik & lemah lembut..

Pembantu dr tuh amek tanah liat utk acu gigi sy.. eeeuuww... mule2 rase sgt ganjal.. tanah liat tuh sejuk gile.. pastuh kne tunggu beberapa minit tuk tanah liat tuh jadi keras sikit..
pastuh aku dpt tgk bentuk gigi aku.. hehe.. act, gigi aku agak ke depan sedikit.. menurut kwn sy (Yazid, dentistry student, 4th year), gigi yg normal mempunyai 110 deg shj dr lelangit.. hihi.. mcm kes sy mungkin 120-135 deg.. hihi..

Lepas buat acuan tuh, sy dikendaki buat x-ray kat klinik pergigian K.S Liew.
Sy pon pegila.. tp ramai jugak org.. huhu.. so sy kene balik uia dulu pegi kelas.. pastuh dtg balik kul 1..
Alhamdulillah sempat, jadi, pada hari yg sama sy hanta x-ray tersebut ke klinik an-nur..
Jumlah kos: x-ray, rm85, check gigi, rm 30 = rm115

Jadi, hari ni, Isnin, 10/1/2011, tarikh yg akan sy ingat sbb sebatang gigi sy akan berpisah dr gigi2 sy yg lain..huhu..sedih jugak.. tapi x pe.. demi kesihatan dan keselesaan gigi sy.. sy bertabah jugak..

Dgn hati yg berdebar2, sy pon pegi ke klinik an-nur untuk cabut gigi.. jumlah gigi yg kene cabut 4.. tapi hari ni dr cabut 1 je dulu.. hihi.. dr bius, jadi sy rase kebas.. x sakit sgt.. hihi..
:)

ini la gigi sy yg telah berbaik dgn saya beberapa tahun.. huhu.. kesian kamu, sy ttp syg kamu.. jadi sy amek gambar kamu.. huhu

nanti sy sambung lagi ye..~!!!


;;